Sunday, November 14, 2010

DIET PART 1

Salam ceria...

ade sorang insan ni, yang bernama Dr. Peter J.D´Adamo menulis dalam bukunya yang bertajuk
“Eat Right For Your Type”.. dah mencadangan makanan-makanan yang perlu diambil
mengikut kumpulan darah, alaah... yang darah O,A,B,AB tu...

> die bagitau dengan mengambil jenis makanan yang sesuai dengan jenis darah kita,
 ia dapat memberi kesan positif seperti emosi yang lebih
stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan
penyakit dan dapat jugak mengembalikan fungsi sistem tubuh dan
memperbaiki metabolisma tubuh.(ea ke) the power of food..kannn

> setahu aku setiap jenis makanan yang kita ambil,memang dapat memberi kesan-kesan
tertentu pada tubuh badan kita, tapi tak pernah pulak tahu kena ikut jenis darah...
tapi mungkin betul jugak kan, kerana ada je insan-insan alergi kat makanan.. contoh, mak aku..
pantang makan lobak, naik dah ruam, tapi kadang, dia bantai jugak..

> yang nie copy& paste jer (huuhuhuh) > sebab aku darah O..
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini
menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan
nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu
dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan
kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang
tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada
sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:  
(aku rasa menu kurang sesuai diamalakan kita-kita rakyat malaysia yang memang tak boleh tahan tengok nasi.. tapi boleh la diubah mengikut kesesuaian kan)
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
..............

No comments:

Post a Comment